Wednesday, April 30, 2014

Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam & Perkembangan di Makkah

PENGENALAN
· Tamadun Islam lahir & berkembang di Hijaz
· Pembentukan tamadun Islam adalah berasakan pemikiran & ajaran agama yg merupakan anugerah Allah s.w.t kpd manusia

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

Maksud Jahiliah:
· Jahiliah bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan
· Masyarakat jahiliahh merujuk kepada masyarakat yang:
- tidak mengikut ajaran para nabi
- tidak menyembah Allah yg Maha Esa
- tidak ada nabi atau rasul & kitab suci sbg petunjukmengamalkan kehidupan yg kucar-kacir

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
· Politik
- Berasakan sistem kabilah
- Berpegang kpd semangat assabiah
- Selalu berperang sesama kabilah
· Ekonomi
- mengamalkan ekonomu yg tidak adil
- golongan kaya menidas golongan miskin
- rompakan & rampasan menjadi sumber pendapatan
- berdagang secara sistem tukar barang
· Agama
- Wathani iaitu menyembah patung berhala
- Kepercayaan animisme iaitu memuja alam seperti pokok, matahari, bulan
- Samawi iaitu Kristian & Yahudi
- Kepercayaan spt menilik nasib, sihir & percaya roh org mati menjadi burung
- Agama Hanif yg dibawa oleh Nabi Ibrahim
· Sosial
- Tidak bermoral
- Berzina, berjudi & minum arak
- Memandang hina terhadap wanita
- Membunuh bayi perempuan untuk menjaga maruah keluargaTidak ada peraturan yg boleh dijadikan panduan dalam soal perkahwinan

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELEUM DILANTIK MENJADI RASUL
· Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji iaitu:
Sidiq : bercakap benar
Amanah: dipercayai
Tabliq : memyampaikan
Fatanah : bijaksana
· Digelar al- Amin kerana sentiasa dipercayai
· Sifat kepimpinan terselah sebelum dilantik sebagi rasul
· Bukti: berjaya menyelesaikan persengketaan dalam kalangan pemimpin Quraisy berkaitan peristiwa peletakan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya di Kaabah
· Bersidfat penmgasih & bertimbang rasa
· Mempunyai budi pekerti yg tinggi tetapi sentoasa merendah diri
· Mempunyai sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah

KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
· Wahyu pertama
- diturunkan oleh Allah swt kpd Nabi Muhammad saw pd 6 Ogos 610 Masihi bersamaan 17 Ramadahan
- Surah al-Alaq ayat 1-5
- Menggalakkan umat Islam menimba ilmu utk mencapai kemajuan
- Menandakan tamatnya Zaman Jahiliah

· Wahyu kedua
- Surah al – Muddasir ayat 1- 7
- Nabi Muhammad saw dilantik sebagai Rasulullah atau
Pesuruh Allah bagi menyebarkan agama Islam
- Agama Islam mula disebarkan

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

Peringkat Pertama
· Islam disebarkan secara sulit selam 3 tahun
· N.Muhammad memilih strategi ini kerana
i. Islam masih baru dikenali
ii. bilangan penganut Islam masih kecil
iii. hendak mengelakkan penentangan
· disebarkan kpd ahli keluarga & sahabat yg rapatantara mereka yg paling awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid (isteri), Ali bin Abu Talin(sepupu), Zaid Bin Ibrahim (anak angkat) & Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Peringkat Kedua
· Disebarkan secara terbuka dan terus-menerus selama 10 tahun
· Disebarkan kepada kaum kerabat baginda dengan mengadakan majilis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib
· Ada kaum kerabat banginda yg menerima Islam & ada yg menetang. Orang yg paling kuat menentang ialah Abu Lahab (bapa saudara)
· Dakwah Islamiah secara terbuka kepada org ramai diadakan di Bukit Safa, Makkah
· Majlis ini dihadiri oelh semua pentadbir kota Makkah seperti Bani Muttalib, Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani Makhzum & Bani AsadDalam majlis tersebut, Nabi Muhammad berbahas dgn Abu Lahab. Abu Lahab menghina baginda sehinng dakwah Islamiah yg hendak disampai oleh baginda terganggu

REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM
Penerimaan terhadap Islam
· Penyebaran Islam oleh N.Muhammad diterima oleh ahli keluarga & sahabat handai
· Ramai hamba menerima agama ini kerana Islam memberi layanan yg sama kepada semua manusia
· Islam diterima pada peringkat awal kerana
- kemurnian ajaran Islam
- Kebijaksanaan N. Muhammad berdakwah secara lemah-lembut, berhikmah, tidak memaksa & memujuk
- N. Muhammad berakhlak mulia, mempunyai kesabaran yg tinggi & menujukkan teladan yang baikIslam menganjurkan konsep persamaan taraf

Penentangan terhadap Islam

· Penentangan yg hebat dilakukan oleh golongan Quraisy
· Sebab-sebab penetangan
- perbezaan dari segi kepercayaan
- Islam menekankan persamaan taraf N. Muhammad
- Bimbang ekonomi mereka terjejas khususnya perusahaan membuat patung
· Cara penentangan
- Mengejek agaram Islam melalui puisi
- Menyeksa golongan hamba yg beragama Islam
- Memujuk N. Muhammad meninggalkan dakwah Islamiah
- Memulau keluarga N. Muhammad

Nabi Muhammad Menyelesaikan Masalah
· Membenarkan umat Islam berhijarah ke Habsyah utk mendapatkan perlindungan
· Beralih ke Taif utk menyebarkan Islam tetapi gagalBerhijrah ke Madinah setelah mendapat keizinan Allah s.w.t

RUMUSAN
· Kedatangan agama Islam telah mengubah kehidupan masyarkat Arab Jahiliah kpd kehidupan yg teratur
· Ketokohan & kewibawaan Rasullah telah menjayakan misi penyerbaran agama Islam


Monday, February 4, 2013

Faktor-faktor Pemangkin Nasionalisme

PENGENALAN

Penentangan masyarakat tempatan bertujuan untuk membebaskan negara daripada penguasaan penjajah.Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.Di Malaysia, penentangan terhadap British bermula sejak abad ke-19 dijalankan oleh pemimipin dan rakyat tempatan.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah menunjukkan semangat taat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa.Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah menyumbangkan kejayaan.Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya.Kekalahan mereka dalam perjuangan adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya tidak dijajah lagi.

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme

1. Pengenalan sistem politik Barat
    a.Memusnahkan sistem politik tempatan
    b.Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
    c.Pembesar diberi pencen
    d.Jawatannya digantikan dengan pegawai British
    e.Hal ini mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan maruah pembesar tempatan

2. Perkembangan Sistem Pendidikan
    a.Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu diperkenalkan
    b.Melahirkan intelek Melayu
    c.Menggunakan idea baru bagi memajukan bangsa Melayu & menolak sebarang
       bentuk penjajahan Barat

3. Dasar British
    a.Menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja
       & menetapdi Tanah Melayu .Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran
       dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
    b.Mereka menguasai ekonomi Tanah seperti bijih timah, getah dan perniagaan.
    c.Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
    d. Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional


4. Pembukaan bandar baru
   a.Sebagai pusat pentadbiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur
   b.Prasarana seperti elektrik, pos,telefon, sekolah dan hospital telah meningkatkan
      taraf hidup di bandar.
   c.Orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan.
   d.Jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan penduduk bandar telah
      menyedarkan golongan       intelek Melayu & mereka menjadikannya
     sebagai isu gerakan nasionalism.

5. Pendudukan Jepun
   a.Merupakan pemangkin gerakan nasionalisme
   b.Jepun dengan konsep “Kawasan Kesemakmuran Asia” iaitu:
      Kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan & meningkatkan
      persaudaraan di kalangan negara-negara.
   c.Mengalakkan bekerjasama dengan Jepun
   d.Jepun berjanji akan memerdekakan mereka
   e.Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan & ubatan serta kekejaman
      Jepun menimbulkan kebencian penduduk.
    f.Tanggapan rakyat semua penjajah zalim dan menindas penduduk tempatan.
6. Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
     a .Pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dan mula menyebarkan ideologi komunis
     b.PKM telah menguasai balai-balai polis, memerintah dengan kejam, membunuh
       & menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
     c.Ramai orang Melayu terbunuh & rumah mereka dibakar
     d.Orang Melayu bertindak balas di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang
        Mewujudkan perbalahan kaum

7. Mesin cetak

Memberi kesan terhadap penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong kepada
penentangan terhadap British Contohnya; buku, akhbar, majalah, kitab agama
– idea menentang penjajah dapat disebarkan.

8. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

a. Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
    kefahaman Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
b.Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
c.Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh
  Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan
   dunia & akhirat serta mendorong ke arah kemajuan dunia(ideanya disebarkan
   melalui al-Manar.
d.Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak perkara yang sama.

9. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

•Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
•Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
•Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh
•Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia & akhirat serta mendorong ke arah kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al-Manar
•Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak perkara yang sama

10. Kesedaran Politik di Asia Tenggara (serantau)

•Khususnya berlaku di Indonesia telah mendorong kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu
•Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual & karya mereka menjadi bahan bacaan penduduk Tanah Melayu
•Idea politik dan penentangan terhadap penjajahan tersebar luas di sini
•Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Thursday, January 3, 2013

TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB1 : TINGKATAN EMPAT


KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

( 1 ) Zaman Prasejarah


 a ) Apakah Zaman Prasejarah.
1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .
2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .
3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .

 b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .

1. Hidup secara nomad – berpindah randah .
2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .
 3. Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
 5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni

c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .

1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan tembikar .
4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

d) Ciri – ciri Zaman Logam.

1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula meneroka laut.
4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.

(2) Tamadun Manusia a) Apakah makna tamadun. 1. Tamadun bererti peradaban. 2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’. 3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar. 4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran. 5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah. 6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur. 7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan. b) Ciri – ciri tamadun. 1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia. 2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk. 3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali). 4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran. 5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar. 6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme). 7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran. (c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku. 1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling. 2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan. 3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho. (3) Tamadun Mesopotamia (a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia. 1. Tamadun paling awal. 2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. 3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi. 4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan. b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku. 1. Bermula daripada zaman Neolitik. 2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi. 3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia. (b) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia. 1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad. 2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer. 3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik. 4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan. 5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan. d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia. 1. Negara Kota : •Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. •Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang. •Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar. •Pusat kota – ialah rumah ibadat. •Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai. •Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota. 2. Organisasi sosial : •Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat . •Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan . •Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) . 3. Sistem pemerintahan : •Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota . •Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam . •Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta . •Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat . •Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara . •Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan . •Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga . 4. Pengkhususan kerja : •Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian . •Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang . •Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus . •Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah . •Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka . •Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk . •Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh . 5. Sistem Tulisan : •Ia bermula dalam bentuk gambar . •Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas . •Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform . e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia . 1. Kod Undang –undang Hammurabi : •Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon . •Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan . •Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat . •Ia dipahat pada tembok dan tiang besar . •Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia . •Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan . 2. Hasil Tulisan : •Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit •Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia . 3. Ilmu pengetahuan : •Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi . •Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut. •Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ). •Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan . 4. Pengangkutan : •Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir . •Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean . 5. Seni bina : •Mereka membuat batu –bata dari tanah liat . •Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes . •Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat . 6. Empayar pertama dunia : •Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria . •Beliau juga membentuk masyarakat berestika . 7. Perpustakaan diraja : •Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh . ( 4 ) Tamadun Mesir Purba a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba . 1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean . 2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda . 3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan . b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku. 1. Bermula daripada zaman Neolitik . 2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal . 3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan . 4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom. c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba. 1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa . 2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan . 3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan . 4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah . 5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir . d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun : •Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis . •Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos . •Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan . 2. Organisasi masyarakat. •Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan . •Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis . •Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan . •Hamba (bawah sekali). 3. Sistem pemerintahan : •Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan . •Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki. •Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan. •Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan). •Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan. •Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria. 4.Pengkhususan kerja : •Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia. •Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas. •Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis. 5.Konsep politeisme dalam agama •Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit). •Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat. 6. Sistem tulisan •Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif. •Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. •Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan. e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba. 1. Seni bina •Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ). •Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata. 2. Kertas : •Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus. •Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata. 3. Tulisan : •Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu. •Tulisannya amat halus, cantik dan seni. 4. Pendidikan ; •Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah. •Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan. •Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih. 5. Ilmu perubatan : •Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat. •Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir. •Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan. 6. Ilmu Matematik : •Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid. •Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir . •Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan . •Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun . ( 5 ) Tamadun Indus . a ) Dimanakah lokasi tamadun Indus 1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India). 2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab . 3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa . 4. Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) . b ) Bilakah tamadun Indus berlaku . 1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M. 2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi . c ) Proses pembentukan tamadun Indus . 1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan. 2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus. 3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor. d ) Ciri –ciri tamadun Indus . 1. Bandar terancang : •Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1.Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian . 2.Bahagian kedua – kawasan perumahan. •Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. •Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain •Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan. •Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan. 2. Organisasi sosial : •Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan. •Golongan atasan ialah pendeta, pedagang. •Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya. •Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini. •Golongan bawahan ialah petani dan buruh. •Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. •Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan. 3. Pengkhususan pekerjaan : •Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan . •Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia. •Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian. •Petani menanam barli dan kacang. •Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar. 4. Amalan agama : •Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu. •Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin. 5. Sistem tulisan : •Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan. e) Apakah sumbangan tamadun Indus. 1. Perancangan Bandar : •Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar. •Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan. •Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi. 2. Sifat keterbukaan : •Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba. •Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. (6) Tamadun Hwang Ho a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho 1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur) 2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir. b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku. 1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men). 2. Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak. 3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan). 4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan. c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho. 1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini. 2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho. 3. Mereka bertani, menternak dan berburu. 4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan. 5. Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho. 6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze. d) Ciri – ciri tamadun Hwang Ho. 1. Negara Kota : •Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan. •Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. •Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini. •Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani. 2. Organisasi sosial : •Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar •Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan). •Lapisan paling bawah – hamba. 3.Pengkhususan pekerjaan : •Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki. •Petani memenuhi keperluan golongan atasan. •Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar. •Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan. 4) Sistem pemerintahan Dinasti Shang : Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja. Raja berkuasa di pusat pentadbiran. Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang. Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao. 5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao : •Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah. •Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan. •Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang. •Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang. •Pembesar ini juga menjadi ketua agama. 6. Keagamaan : •Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme. •Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung. •Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh. •Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan. •Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya. 7. Sistem Tulisan : •Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol) •Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini. e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho. 1. Pemerintahan Monarki : •Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching. •Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja. •Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga. 2. Kemajuan pertanian : •Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti. •Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta. •Petani telah mula menggunakan batas tanaman. •Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi. 3. Kemajuan tulisan : •Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan. •Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun. 4. Kepercayaan : •Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan. •Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini. 5. Sistem kelendar : •Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun. •Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar. •Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian. 6. Falsafah perang Sun Tzu : •Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh. •Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Tuesday, January 18, 2011

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh pembesar tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong & lain-lain.

Penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20


SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
1. Dasar Penaklukan British
- bertujuan mengukuhkan kedudukan politik
- kawasan yg ditakluk akan terikat dgn perintah dan peraturan British

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan
- ekonomi dikuasai melalui perjanjian British dgn pemimpin tempatan
- menerusi perjanjian, saudagar NNS boleh melombong dan berdagang bijih
bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan
- pengenalan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah oleh
British bagi mendapatkan hasil maksimum
- cth→ Peraturan British di mana perlu mendapat keizinan dan membayar
cukai utk membuka tanah bertentangan dgn amalan masyarakat
Terengganu pula bebas membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar cukai

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan
- British memaksa penduduk menerima nilai-nilai British
- J.W.W. Birch di Perak campur tangan dlm amalan menggunakan org suruhan
dan ini ditentang pemimpin dan masyarakat tempatan

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
- penjajahan terhadap daerah menyebabkan pemimpin daerah kehilangan kuasa
menjaga hal ehwal daerah
- ini menimbulkan penentangan drpd pemimpin tempatan

6. Kesulitan Penduduk Tempatan
- undang-undang British menyulitkan kehidupan penduduk
- hal ini serta kesetiaan penduduk kpd pemimpin tempatan mendorong
sokongan drpd ketua untuk menentang British

Friday, April 23, 2010

PENGENALAN1. Madinah merupakan kota penting bagi pedangan Arab sebelum kemunculan Islam
2. Penduduk Madianh terdiri daaripada golongan Nasrani, Yahuddi & Arab
3. Pertemuan antara suku Aus & Khazaj dgn N. Muhd s.a.w di Aaqabah tealh membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA & PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Perjanjian Aqabah Pertama (621 M)
· Perjanjian yg dibuat anatra org Aus dgn Khazraj dari Madinah dengan Nabi Muhammad s.a.w
· Dalam perjanjian ini, orang Aus dan Khazraj berjanji akan:
- beriman kepada Allah & Rasul
- membantu perjuangan N. Muhd
- tidak akan melakukan amalan Jahiliah

Perjanjian Aqabah Kedua (622 M)
· Dalam perjanjian ini, org Aus & Khazraj berjanji:
- Mengukuhkan lagi taat setia kpd N. Muhd
- Menjemput N. Muhd & umat Isalm berhijrah ke Madinah
- Akan menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamtan N. Muhd & Islam di Makkah
- Akan mempertahankan agama Islam
· Kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama & Kedua
- Berlakunya penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah
- Islam disebar ke Madinah

HIJRAH

Maksud hijrah
· Perpindahan N. Muhd & umat Islam dr Makkah ke Madinah
· Perjuangan utk menegakkan kebenaran
· Perubahan drpd yg buruk ke kepada yg baik
· Hikrah tidak boleh ditakrifkan sbg ”lari” seperti yg dikatakan oleh orientalis Barat kerana:
- Penhijrahan berasakan juemputan org Madinah
- Ketibaan umat Islam disambut meriah oleh org Madinah
- Org Islam Makkah disediakn tempat tinggal
- N. Muhd dilantik sbg pemimpin Madinah

Sebab2 berlakunya hijrah
· Penentangan org Quraisy terhadap penyebaran Islam
· Jemputan org Aus & Khazraj dr Madinah
· Perintah Allah melalui wahyu
· Menyebarkan Islam

Tujuan hijrah
· Meneruskan penyebaran Islam
· Membentuk sebuah masyarakat Islam yg bersatu padu & sempurna

K’pentingan hijrah
· Kegiatan penyebaran Islam dpt dilakukan secara bebas dlm keadaan aman
· Kaum Aus & Khazraj dpt berdamai
· Penduduk Madinah dr pelbagai kaum & agama disatukan
· Masjid al-Nabawi dibina sebagai tempat beribadat dan membincang hal2 agama
· Takwim Islam diperkenalkan berdasarkan tahun Hijrah
· Hubungan persaudaraan org Islam Makkah dgn org Islam Madinah terjalin
· Melahirkan kehidupan yg harmoni
· Nama Yathrib ditukar kpd Madinah
· Menunjukan sikap tolenrasi & tolong-menolong dlm kalangan umat Islam

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah
· Perlembagaan bertulis yg digubal oleh N. Muhd berpandukan wahyu Allah s.w.t
· Menjadi asas pentabiran kerajaan Islam Madinah
· Bertujuan utk membentuk sebuah krj Islam yg stabil & adil

Kandungan Piagam Madinah
· N.Muhd sbg pemimpin negara
· Agama Islam sbg agama rasmi; mykt Madinah bebes menganut agama masing2
· Mykt Madinah b’tjwb memajukan eko negara
· Semua rakyat b’tjwb menjaga keamanan negara drpd ancaman luar
· Kedudukan org Yahudi terpelihara selagi mereka mematuhi perlembagaan

Kepentingan Piagam Madinah
· Krj Madinah menjadi model dan panduan bagi krj2 yg berasakan Islam
· Kepintaran & kepimpinan N. Muhd menjadi teladan
· Ekonomi Islam mementingkan keadilan
· Melahirkan sistem perundangan yg lengkap, sempurna & adil
· Menyusun kehidupan mykt yg sistematik

PENYEBARAN ISLAM
1. N. Muhd telah menghantar utusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah & wilayah di sekitar Sem. Tnh Arab utk menyebarkan Islam
2. T’dpt pelbagai reaksi t’hdp perutusan N. Muhd
3. N. Muhd tidak memaksa raja2 lain memeluk Islam sebaliknya menggunakan diplomasi & nilai2 murni didlm pendekatannya

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

· Org Islam mengambil keputusan utk menziarahi kota Makkah pd thun 628 M kerana:
- Kaabah yg menjadi pusat ibadat org Islam yg terletak di Makkah
- Makkah ialah tempat turunya wahyu yg pertama
- Makkah ialah tempat asal bagi org Muhajirin
- N. Muhd ingin mengerjakan umrah
· Kemaraan org Islam diseakt oleh irg Quraisy di Hudaibiyah
· Uthman bin Affan dihantar utk menerangkan tujuan kedtgan org Islam
· Khabar angina ttg kematian Uthjman menyebabkan org Islam bersumpah setia akan membela kematiaan Uthman Bin Affan
· Org Quraisy yg bimbang dgn kata sepakat org Islam telah menghantar Suhail bin Amru utk berunding
· N. Muhd bersedai menandatangani Perjanjian Hudaibiyah dgn org Quraisy
Kadunagn Perjanjian Hudaibiyah
· Mengadakan genjatan senjata selama 10 thn
· Kabilah lain bebas memihak kpd org Islam atau org Quraisy
· Org Islam Madinah yg memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
· Org Islam hanya dibenarkan mengerjakn umrah pada thn berikutnya iaitu pada 7 Hijrah

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
· Umat Islam dpt menunaikan haji pada 629 M / 7 Hijrah
· Umat Islam dpt memasuki Makkah & beribadat di Kaabah pd bila2 masa
· N. Muhd dpt merangka rancangan dakwah Islamiah ke seluruh Sem. Ynh Arab secara aman
· Islam dapat berkembang secara meluas
· Melambangkan ketokohan N. Muhd sbg pemimpin yg unggul & dikagumi
· Krj Islam Madinah diiktiraf oleh org Quraisy
· Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Madinah

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MADINAH

Sebab-sebab
· Org Quraisy tidak mematuhi syarat Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yg dipersetujui bersama
· Org Quraisy membunuh beberapa org Bani yg berpihak kpd Islam
· Merupakan strategi jangka pjg utk meneruskan penyebaran Islam

Pembukaan semula Kota Makkah dilakukan dgn mudah tanpa penentangan yg sengit krn:
· Pengislaman Abu Suffian & Abbas
· N. Muhd telah m’buat perancangan rapi, iaitu:
o menyediakan 4 pasukan tentera yg terdiri drpd 10,000 org
o 4 org panglima tentera yg handal mengetuai 4 pasukan tentera
o Tentera Islam bergerak msk ke Makkah menerusi 4 arah yg berlainan utk mengepung musuh dgn rapi
o Tentera Islam mpy semangat ketakwaan & penuh keyakinan
o N. Muhd telah memberi jaminan keselamtan kpd mereka yg terkepung semasa pembukaan kota Makkah

K’pentingan p’bukaan semula Kota Makkah
· Penganut Islam bertambah
· Kaabah terpelihara drpd unsur2 Jahiliah
· Kota Makkah menjadi kota suci Islam
· Menjadi pembukaan jln ke arah penyebaran Islam


RUMUSAN
1. Tamadun Islam yg dibina oleh Rasullah di Madinah menjadi permulaan kejayaan pemerintah Islam seterusnya
2. Nilai2 murni Rasullah spt berwawasan, pemaat & berjiwa besar menjadi pedoman kpd pemimpin negara & generasi muda kini.

Thursday, October 8, 2009

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.
( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik.

a) Pentadbiran.

1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa – raja ( tradisi Hindu – Buddha ).
2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fi – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.
3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.
4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.
5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.
6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).
7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.
8. Adat Perpatih – sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang – dipertuan Besar.
9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan – konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.
10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.


b) Perundangan.
1. Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.
3. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.
4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya.
Adat Perpatih :
 Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
 Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar).
 Tidak membenarkan perkahwinan sama suku.
 Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
 Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
 Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
 Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu.
 Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta.
Adat Temenggong.
 Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming.
 Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
 Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Islam).
2
 Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang.
 Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.
Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha,
 Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
 Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.
Perundangan selepas Islam.
 Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
 Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor.
Hokum Kanun Melaka :
 Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
 Pantang larang anggota masyarakat.
 Hukuman jenayah.
 Undang – undang keluarga.
 Permasalahan ibadah.
Undang – undang Laut Melaka :
 Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.
 Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – undang Laut Melaka.
(2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya a) Pendidikan tidak formal.
1. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga.
2. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan.
4. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun.
5. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.
6. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua.
7. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.
b) Pendidikan formal.
1. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok.
2. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak – anak berusia 7 hingga 15 tahun.
3. Di istana, menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemnerintah Melaka.
3
4. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor.
5. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.
6. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.
7. Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi.
8. Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.
9. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).
10. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.
11. Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
12. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.
c) Bahasa dan Kesusasteraan.
1. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.
2. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama.
3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat, hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.
4. Kesusasteraan rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.
5. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar.
6. Bentuk puisi syair - Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).
7. Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas.
d) Kesenian.
1. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya.
2. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.
3. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.
4. Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.
5. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.
6. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.
7. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan.
8. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.
4
9. Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.
10. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.
11. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.
e) Gaya hidup.
1. Perubahan iatiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.
2. Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.
3. Adab berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.
4. Majlis perkahwinan, berkhatan al – Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong, bekerjasama dan perpaduan.
( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi. a) Perdagangan.
1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).
2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).
3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.
4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.
5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.
6. Undang – undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.
7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.
8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.
9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).
10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.
11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
b) Mata wang.
1. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.
2. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.
3. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.
5
4. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.
5. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
6. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.
7. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.
8. Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.
9. Pedagang Arab menggunakan wang emas, tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.
c) Percukaian.
1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu.
2. Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.
3. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).
4. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.
5. Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar – bazaar di sepanjang Sungai Melaka.
6. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%).
7. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.
8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.
9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta.
10. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Monday, August 17, 2009

SEJARAH EROPAH



Laman web ini mengandungi info yang berkaitan dengan :-


Zaman Gelap


Zaman Renaissance.


Zaman Reformation.


Penjelajahan dan Penerokaan


Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.


Imperialisme Barat ke benua Asia.


Selamat melayari laman web ini. Semoga ia bermanafaat untuk anda
Sekian.. Cikgu Umi

Friday, June 26, 2009

BAHAN PEMBELAJARAN BAB 3

Pelajar-pelajar yang disayangi sila lihat slide yang saya upload
di sini untuk bahan pembelajaran anda.

Sebelum itu .......
Dah Solat ke Belum....
Kalau sudah Tahniah .......
Kalau belum penuhi tuntutan itu......
semoga kamu diberkati dan dirahmati..............

Anda dikehendaki membuat peta minda berdasarkan
bahan dari slide ini.
Dari saya :Cikgu Umi / SMKPA
26 Jun 2009