Tuesday, January 18, 2011

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh pembesar tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong & lain-lain.

Penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20


SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
1. Dasar Penaklukan British
- bertujuan mengukuhkan kedudukan politik
- kawasan yg ditakluk akan terikat dgn perintah dan peraturan British

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan
- ekonomi dikuasai melalui perjanjian British dgn pemimpin tempatan
- menerusi perjanjian, saudagar NNS boleh melombong dan berdagang bijih
bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan
- pengenalan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah oleh
British bagi mendapatkan hasil maksimum
- cth→ Peraturan British di mana perlu mendapat keizinan dan membayar
cukai utk membuka tanah bertentangan dgn amalan masyarakat
Terengganu pula bebas membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar cukai

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan
- British memaksa penduduk menerima nilai-nilai British
- J.W.W. Birch di Perak campur tangan dlm amalan menggunakan org suruhan
dan ini ditentang pemimpin dan masyarakat tempatan

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
- penjajahan terhadap daerah menyebabkan pemimpin daerah kehilangan kuasa
menjaga hal ehwal daerah
- ini menimbulkan penentangan drpd pemimpin tempatan

6. Kesulitan Penduduk Tempatan
- undang-undang British menyulitkan kehidupan penduduk
- hal ini serta kesetiaan penduduk kpd pemimpin tempatan mendorong
sokongan drpd ketua untuk menentang British