Thursday, October 8, 2009

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.
( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik.

a) Pentadbiran.

1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa – raja ( tradisi Hindu – Buddha ).
2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fi – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.
3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.
4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.
5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.
6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).
7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.
8. Adat Perpatih – sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang – dipertuan Besar.
9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan – konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.
10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.


b) Perundangan.
1. Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.
3. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.
4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya.
Adat Perpatih :
 Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
 Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar).
 Tidak membenarkan perkahwinan sama suku.
 Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
 Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
 Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
 Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu.
 Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta.
Adat Temenggong.
 Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming.
 Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
 Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Islam).
2
 Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang.
 Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.
Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha,
 Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
 Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.
Perundangan selepas Islam.
 Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
 Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor.
Hokum Kanun Melaka :
 Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
 Pantang larang anggota masyarakat.
 Hukuman jenayah.
 Undang – undang keluarga.
 Permasalahan ibadah.
Undang – undang Laut Melaka :
 Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.
 Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – undang Laut Melaka.
(2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya a) Pendidikan tidak formal.
1. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga.
2. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan.
4. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun.
5. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.
6. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua.
7. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.
b) Pendidikan formal.
1. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok.
2. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak – anak berusia 7 hingga 15 tahun.
3. Di istana, menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemnerintah Melaka.
3
4. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor.
5. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.
6. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.
7. Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi.
8. Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.
9. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).
10. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.
11. Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
12. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.
c) Bahasa dan Kesusasteraan.
1. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.
2. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama.
3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat, hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.
4. Kesusasteraan rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.
5. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar.
6. Bentuk puisi syair - Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).
7. Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas.
d) Kesenian.
1. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya.
2. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.
3. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.
4. Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.
5. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.
6. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.
7. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan.
8. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.
4
9. Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.
10. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.
11. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.
e) Gaya hidup.
1. Perubahan iatiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.
2. Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.
3. Adab berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.
4. Majlis perkahwinan, berkhatan al – Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong, bekerjasama dan perpaduan.
( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi. a) Perdagangan.
1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).
2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).
3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.
4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.
5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.
6. Undang – undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.
7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.
8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.
9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).
10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.
11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
b) Mata wang.
1. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.
2. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.
3. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.
5
4. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.
5. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
6. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.
7. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.
8. Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.
9. Pedagang Arab menggunakan wang emas, tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.
c) Percukaian.
1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu.
2. Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.
3. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).
4. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.
5. Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar – bazaar di sepanjang Sungai Melaka.
6. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%).
7. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.
8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.
9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta.
10. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Monday, August 17, 2009

SEJARAH EROPAH



Laman web ini mengandungi info yang berkaitan dengan :-


Zaman Gelap


Zaman Renaissance.


Zaman Reformation.


Penjelajahan dan Penerokaan


Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.


Imperialisme Barat ke benua Asia.


Selamat melayari laman web ini. Semoga ia bermanafaat untuk anda
Sekian.. Cikgu Umi

Friday, June 26, 2009

BAHAN PEMBELAJARAN BAB 3

Pelajar-pelajar yang disayangi sila lihat slide yang saya upload
di sini untuk bahan pembelajaran anda.

Sebelum itu .......
Dah Solat ke Belum....
Kalau sudah Tahniah .......
Kalau belum penuhi tuntutan itu......
semoga kamu diberkati dan dirahmati..............

Anda dikehendaki membuat peta minda berdasarkan
bahan dari slide ini.
Dari saya :Cikgu Umi / SMKPA
26 Jun 2009



Wednesday, May 27, 2009

CIRI - CIRI ZAMAN GELAP.

Maksud zaman gelap

Mundur – balik kebelakang.Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.

Tiada Pentadbiran pusat
Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar.
Pusat hilang kuasa
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Wujud Baron – kuasai tanah
Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Perlindungan Baron
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Wujud perhambaan
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
Perlindungan Raja utk Baron
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah - Raja
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu
Kelembapan ilmu pengetahuan
Gereja berkuasa miliki harta
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Fokus Akhirat
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Kongkongan Gereja
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Gangguan orang gasar
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegagalan bersaing dengan org Islam.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
Tumpuan Pertanian shj.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Amalan Sistem Barter.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan matawang terhad.

Tuesday, May 26, 2009

Pandangan Ahli Akademik.

Asas Nilai: Mencari Kebenaran - oleh Dr. Ahmad Sanusi Hassan.

Zaman Renaissance merupakan detik sejarah gemilang tamadun Eropah. Pembaharuan ini bermula dari abad 1400 Masihi. Ahli-ahli falsafah barat mengklasifikasikan zaman ini sebagai zaman permulaan dalam peradaban ‘moden’, zaman baru ‘neoclassicism’. Di zaman pembaharuan ini, dunia Eropah dimerdekakan dari belenggu kepercayaan yang ahli-ahli sejarah menafsirkan sebagai kategori ‘kurafat’ yang menyekat arus kemajuan sains dan teknologi. Visi pembaharuan ini menekankan potensi intelektual sains dan teknologi yang berasaskan kekuatan alasan dan logik dalam menghuraikan sesuatu jawapan sebagai asas kebenaran/ukuran. Kekuatan ‘berfikir’ melewati segala batasan yang memberi kebenaran yang abadi. Kepercayaan ini sebenarnya begitu konflik dengan kepercayaan tamadun mereka pada zaman Pertengahan Eropah iaitu sistem yang mempunyai asas ketuhanan yang berpandukan apa yang termaktub dalam kitab Injil (‘Bible’).
Walaubagaimanapun, pembaharuan ini bukannya bermakna mereka menolak agama Kristian sebagai agama mereka dan menggantikan dengan agama lain. Notis pembaharuan ini adalah untuk memberi ruang fahaman nilai ‘anthropocentricism’ dari sekatan kemelut kepercayaan agama mereka. Agama dianggap kepentingan sampingan spiritual sahaja dan ianya hanya diaplikasikan pada aktiviti agama semata-mama dan tidak melebihi batasan ini. Agama mesti dipisahkan daripada menjadi halangan kemajuan sains, teknologi, politik, ekonomi dan senibina. Dari perkembangan sains dan teknologi dunia barat ini, susulan teori yang berlandaskan dari tamadun Yunani dan Romawi seperti teori organik struktur manusia dan biologinya, dan teori mathematik yang berasaskan ukuran semulajadi manusia dikembangkan. Sepertimana bangunan-bangunan di tamadun Yunani dan Romawi, kebanggaan kepada bangunan civil dan republik menjadi imej utama. Secara tidak langsung pembaharuan ini adalah reformasi kepada imej sosial dari kemelut keagamaan kepada kepercayaan kepada kekuatan logik dan rasional. Agama dan segala yang berkaitan dengan hal-ehwal hidup manusia dipisahkan.
Pembaharuan kaedah pemikiran ini menghasilkan perkembangan fizikal kejuruteraan, matematik, sains, senibina dan pembinaan. Master builders seperti Filippo Brunelleshi, Leon Batista Alberti, Michelangelo, Andrea Palladio dan Donato Bramante di masa itu begitu dipengaruhi oleh disiplin ini di mana ianya menjadi kelogikan dan alasan dari segi teknik rekabentuk. Konsep rekabentuk bangunan berasaskan sistem geometri matematik seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, matematik pembahagian ruang (‘mathematical ordering of space’) dan 3 dimensi. Sistem ini berasaskan ukuran manusia sebagai dimensi pengukur alam. Dimensi yang ketiga ditemui oleh Brunelleschi dan hasil penemuan ini ialah lukisan perspektif yang dipercayai menjadi garis pengukur baru secara 3 dimensi sebagai interpretasi realiti kepada rekabentuk yang berstruktur matematik. Kemungkinan besar penemuan ini mempunyai kaitan dengan salah satu kepercayaan Kristian iaitu bapa, ibu dan anak tuhan dalam 3 dimensi. Kepercayaan ini dikaitkan dengan ilmu sains kepada 3 dimensi manusia yang dapat dilihat melalui lukisan perspektif.
Senibina Baraoque merupakan susulan rekabentuk dari Senibina Renaissance. Senibina Renaissance perkembangannya hanya tertumpu di sekitar Itali dan rekabentuknya ditiru oleh jurubina-jurubina di seluruh Eropah. Senibina Baroque pula adalah senibina yang mempunyai perkembangan yang lebih meluas. Perkembangannya dihasilkan di seluruh benua Eropah seperti Perancis, Jerman, England Austria, Sepanyol dan juga benua Amerika (‘New World’). Selain daripada itu, kekuatan kerajaan beraja dikurang supaya tidak menghalang perkembangan ilmu logik dan rasional. Zaman ini merupakan zaman perkembangan teknologi di mana ahli-ahli sains yang terkemuka Eropah seperti Newton, Galileo dan Kepler menonjolkan perjumpaan teori-teori saintifik. Di zaman ini juga ahli-ahli sains membuktikan bahawa bumi bukannya pusat alam ini sepertimana yang dihuraikan dalam agama mereka. Bumi sebenarnya mengelilingi matahari dan ianya adalah salah satu planet dalam galaksi. Pertemuan-pertemuan sains pada zaman ini secara rasionalnya adalah begitu konflik dengan fahaman yang berdasarkan agama mereka selama ini. Pertemuan-pertemuan ini mempengaruhi fahaman bahawa secara rasionalnya, manusia dapat mempengaruhi dan merekabentuk alam semulajadi dengan bantuan ilmu sains dan teknologi.
Di zaman ini juga merupakan zaman kebangkitan fahaman nasionalism. Kebangkitan ini adalah susulan daripada pengurangan kekuasaan raja dan gereja dalam menerajui sesebuah negara. Di utara Eropah, fahaman protestan mendapat sambutan iaitu menolak fahaman bahawa gereja mempunyai kuasa dalam pembersihan dosa-dosa. Kebangkitan ini memberi laluan kepada penubuhan kerajaan sekular. Kekurangan kuasa pihak gereja mempunyai kesan yang mendalam dalam rekabentuk senibina Baroque. Berbeza dengan senibina gemilang gereja pada zaman Romaneque dan Gothic, rekabentuk gereja pada zaman ini banyak diterapkan dengan nilai-nilai keagungan senibina Yunani dan Romawi. Simbol ini bertujuan memaparkan bahawa kekuasaan gereja telah tunduk kepada kekuasaan rasional. Elemen-elemen rekabentuk Yunani seperti ‘Cornice’, ‘Doric, Ionic dan Corinthian’ tiang, ‘Capital’ dan ‘Entablature’ menjadi imej utama gereja-gereja pada masa itu. Patung-patung ‘sculpture’ dibina berlambangkan ‘super human’ tokoh-tokoh Yunani dan Romawi yang dikaitkan dengan sejarah Mariam dan Isa (‘Jesus’). Gereja-gereja ini berbentuk geometri manusia sebagai ukuran dimensi alam semulajadi. Senibina Baroque memaparkan permulaan rekabentuk senibina yang kurang menekankan aspek-aspek simetri, menunjukkan rekabentuk mulai tidak tertakluk kepada elemen-element simetri. Begitu juga dengan simbol raja-raja di negara-negara Eropah di mana senibina melambangkan kekurangan kekuasaan sistem beraja. Senibina istana berlandaskan aspek-aspek geometri dan element-element Yunani dan Romawi.
Zaman ini juga adalah zaman gemilang penaklukan Eropah di benua-benua lain. Kesan penaklukan ini memberi kesan yang begitu mendalam pada tanah-tanah jajahan mereka. Mereka mengamalkan sejarah imperialism Romawi dengan memperkenalkan rekabentuk klasikal. Seperimana dalam penjajahan Romawi, penaklukan Eropah memaparkan pembinaan pusat pemerintahan dan perdagangan. Mereka menerapkan unsur-unsur Yunani dan Romawi dalam rekabentuk bangunan-bangunan pemerintahan dan perdagangan di tanah jajahan mereka sebagai imej tamadun mereka. Unsur-unsur ini sangat berlawanan sekali dengan rekabentuk senibina tempatan di jajahan mereka yang berlandaskan kepercayaan ‘Theocentricism’ dan penjajah-penjajah barat menganggap senibina ini sebagai inferior dan mengukur rekabentuk ini sebagai tamadun yang ketinggalan dan diganti dengan senibina Eropah. Mereka mengenakan undang-undang senibina Eropah di mana undang-undang ini menyekat kebebasan dan potensi rekabentuk tempatan. Kepercayaan mereka mempengaruhi rekabentuk tempatan dan nilai-nilai ini masih mempengaruhi rekabentuk tempatan. Mereka hanya mengintegrasikan aspek-aspek tropikal dalam rekabentuk bangunan.

Saturday, May 23, 2009

Martin Luther



Martin Luther pejuang pembaharuan gereja

Reformasi yang diperjuangkan oleh Martin Luther telah menghasilkan beberapa idea seperti menentang amalan pemberian Indulgences. Refomasi juga menekankan aspek manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya. Martin Luther juga menentang kedudukan Gereja Roman Katolik secara terus. Semua idea reformasi Martin Luther ini dikenali sebagai mazhab Protestan. Perkataan “protesting” itu merujuk membantah. Antara bantahan beliau yang ketara ialah mencabar kewibawaan paderi terutama paderi yang mengamalkan amalan yang tidak baik.


faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik lelaki dan perempuan

Wednesday, May 20, 2009

Zaman Gelap

Pada pandangan saya Zaman Gelap merupakan satu episod yang saya anggap menarik dalam subjek sejarah. Eropah yang dibanggakan hari ini bermula dari kawasan yang dianggap terlalu kolot, mundur dan bermasalah.
Zaman ini menyaksikan ketiadaan pentadbiran berpusat yang berkesan untuk memastikan tadbiran berjalan lancar. Namun, sistem feudal telah tertanam dalam minda masyarakat. Keadaan ini dibuktikan dengan kewujudan golongan baron atau pemilik tanah yang berkuasa. Para petani pula terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah yang memberi perlindungan kepada petani tadi setelah mereka mengerjakan tanahnya. Petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menjadi hamba. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja apabila tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja.

Thursday, May 14, 2009

Sumbangan Renaissence.

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :

Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemahkan kekuasaan golongan feudal.
Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constantinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dan kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Tuesday, May 12, 2009

Zaman Renaissance.

Pengenalan :

Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlaku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.


Pengertian Renaissance :

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Monday, May 11, 2009

Sejarah Eropah.


Laman web ini mengandungi info yang berkaitan dengan :-
  • Zaman Renaissance.
  • Zaman Reformation.
  • Penjelajahan dan Penerokaan
  • Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
  • Imperialisme Barat ke benua Asia.

Selamat melayari laman web ini.

Semoga ia bermanafaat untuk anda

Sekian.. Cikgu Umi/SMK Pengkalan Aur.

As A Muslim....

Pelajar-pelajar yang disayangi, renungkan....

PRAYERS:


A Muslim must perform the five daily prayers. These must be performed at specific times, corresponding roughly with dawn, noon, afternoon, sunset, and nightfall. The prayers can be made in any clean place, but it is preferab

le to pray them with others in a mosque, for this communal undertaking acts as a reminder that all Muslims are equal

. When many people are praying together, it becomes clear that color, economic status, social position, and all other artificial distinctions have no importance to Allah, for all Muslims are commanded to stand together, shoulder to shoulder, and prostrate themselves before Him. There are no exceptions. Prayers also elevated the individual to a higher level of morality, purifies his heart, and helps him to resist his desire to engage in forbidden activities.